Sunday, May 22, 2011

Permata Hatiku....




inilah keluarga besarku.....








Dah besar rupanya anak-anak ku, rasa macam tak caya la pulak. Si abang dh darjah 5. Yg si adiknya dah darjah 3... Diorang berdua ni mmg tkleh berpisah, tp gaduh memang no 1.....






Yg ni pulak kakak dan si kecik. Diorang berdua ni pulak, selalu gaduh jugak, kesudahannya si kecik jgk kena mengalah sebab kakak kuat nangis....

Monday, May 16, 2011

Koleksi Pelbagai Resepi

Resepi Udang masak kari

Bahan-bahan:

500gm udang
5 ulas bawang merah - tumbuk/hiris halus
2 ulas bawang putih - tumbuk/hiris halus
2cm halia - diketuk atau dimayang halus
1 tangkai daun kari
4 sudu serbuk kari ikan
1/2 cawan santan pekat
1 biji buah tomato - potong 6
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak untuk menumis

cara Penyediaan:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan daun dan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehiingga terbit minyak.
Masukkan sedikit air dan udang diikkuti santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan buah tomato. Biarkan seminit dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.


Bahan-bahan:
½ ekor ayam
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

CARA-CARANYA:
1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C sehingga ayam masak. Selepas lebih kurang 15 minit, balikkan ayam supaya garing rata. Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik
3. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
4. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi.


Bahan kuah:
1 biji kelapa ambil santannya
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula

Cara memasak kuah percik:
1. Bawang merah , bawang putih, serai & halia dikisar halus.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan yg telah dikisar, garam dan asam keping.
3. Kacau sentiasa sehingga pekat. Masukkan sedikit gula secukup rasa dan masak sekejap lagi.


Telur Dadar Mama...

Bahan2nya....

1. 2 biji telur
2. sedikit tepung jagung (jgn byk, nnt jd apam balik plk)
3. sedikit mayonis
4. Garam secukup rasa
5. Sedikit hirisan bawang besar
6. 2 tangkai cili padi dihiris(kalau nk byk tangkai pn boleh)

Cara2
1. Pecahkan telur dan kacau hingga kembang
2. Campurkan semua bahan2 tadi, dan pukul telur hingga kembang
3. Panaskan minyak kemudian gorengkannya, dah masak hidangkan....