Sedetik Lebih....
Monday, June 27, 2011
Thursday, June 16, 2011
Engkau pergi tanpa pesan......
Petang tu, entah kenapa, hatiku memang berdebar-debar mcm ada sesuatu tak kena. Macam biasa lepas waktu kerja aku balik ke rumah. Lepas melayan TV dan makan malam, aku masuk tidur. Tiba2 aku terdengar orang mengetuk pintu rumah aku. Lain macam jer bunyi ketukan tu. Nak keluar tengok, terasa takut la pulak. Maklum la, masa tu aku masih bujang dan tinggal dengan kawan2 saja. Tiba2 aku terdengar bunyi suara kakak aku memangil-manggil nama aku. Terus aku bangun dari tidur lalu membuka pintu. Ku pandang wajah kakak aku, ternyata rupa dan air mukanya memang menunjukkan ada sesuatu telah berlaku, tapi dia cuba sembunyikan dari aku. Risau takut aku terkejut, dia cuba terangkan dengan berhati-hati. Namun dari cara dan reaksi dia tu, aku tahu dia berbohong. Dia mengatakan ayah kemalangan, tapi tak serius sangat. Kalau tak serius kenapa dia ajak aku balik kampung malam tu jugak. Sambil aku terus bertanya pada kakak aku apa sebenarnya berlaku, tiba2 dia terus memeluk aku sambil menangis terisak-isak.
Oh Tuhan!!!!.... jika benarlah apa yg aku fikirkan ini, Engkau tabahkanlah hati aku di saat aku menerima berita yg sedih ini. Ternyata jangkaanku memang tepat, kemalangan yg dikatakan "tak serius itu" sebenarnya bermaksud "disebalikya" Betapa luluhnya hatiku di saat aku cuba menerima kenyataan ini. Namun aku terpaksa menerima kenyataan yg ayahku sedang koma di ICU Hospital Besar Kota Bharu. Tuhan saja yg tahu bagaimana perasaanku masa tu. Sepanjang perjalanan dari KL ke Kota Bharu tak habis2 ku panjatkan doa buat ayahku, moga Allah beri kekuatan padanya dan Selamatkan lah ayah kami. Puas kucuba menahan air mata, namun aku tak berdaya, hatiku memang tak kuat.
Terimbau kembali kenangan-kenangan kami semasa bersama ayah.... Setibanya aku di Kota bharu, kami terus ke ICU HKB. Ternyata aku tak dapat menahan sebak, bila menatap wajah ayah yg terbujur kaku dan dipenuhi dengan mesin2 dan alat2 bantuan pernafasan, yang seolah-olah menunggu Dijemput Ilahi. Ya Allah.... sungguh tak ku menduga begitu besar dugaan yg Kau berikan padaku di saat2 aku memerlukan ayah. Masih banyak perkara yg belum sempat kami tunaikan untuk ayah......
Masih terngiang di telinga ku, ayah bertanyakan aku. Masa tu aku baru habis belajar dan baru memulakan tugasku sebagai seorang pekerja. "Bila nak balik kampung, ke tak nak balik dah sebab suka dok KL". Itu lah ayat2 terakhir ayah masa aku telefon ke kampung beberapa hari sebelum kejadian. Dalam benakku, terasa hairan sedangkan aku baru je balik kampung. Mungkin itu satu tanda yg dia akan pergi selama lamanya. Kenangan demi kenangan bermain di fikiran ku disulami dengan air mata yg membasahi pipiku seumpama hujan lebat yg takkan berhenti. Ku tabahkan hati dan kuatkan semangat, lantas ku capai surah yasin lalu mambaca di sisinya . Aku cuba untuk mengatakan sesuatu padanya ternyata sia sia. Walaupun ayah kaku tanpa seribu bahasa, jauh di sudut hatiku mengharapkan agar ayah dengar apa yg aku bisikkan ke telinganya. Masa tu, hanya Tuhan yg tahu betapa sebaknya aku melihat keadaan ayah yg terbujur kaku di katil hospital. Azan berbunyi menandakan masuknya waktu maghrib. Aku dan kakak yg lain beredar seketika untuk menunaikan solat. Yang tinggal hanya mak dan abang. Selepas habis solat, kami bergegas balik ke hospital. Alangkah pilu dan hibanya setibanya kami di perkarangan hospital, tiba2 kami mendapat panggilan telefon dari abang menyatakan ayat-ayat dan berita yg tak ingin kami dengar. Kami semua terduduk, terdiam dan terkaku selepas mendengar berita tersebut. Suasana ketika itu sungguh pilu, sedih, sebak dan macam-macam perasaan yg tak boleh digambarkan. Lebih kurang jam 8 malam, ayah telah pergi meninggalkan kami untuk selamanya..... Itulah berita yg kami terima dari panggilan telefon tadi.... Kami terima Suratan Takdir ini dengan hati yg tabah. Jika kami sayangkan ayah, tapi kami redha yang Allah lebih menyanyanginya. Semoga ayah ditempatkan bersama orang yg beriman....
Mengimbau kembali peristiwa 15 thn yg lalu, begitu menyayat hati kami. Pemergian ayah untuk membeli goreng pisang kepada cucu-cucunya, adalah pemergian ayah untuk selamanya. Takdir Tuhan telah menentukan ayah terlibat dalam kemalangan yg boleh diistilahkan sebagai "langgar lari"... Sungguh luluh hati ini bila mendegar cerita dari mak.... Semoga mak tabah menghadapi ujian dan dugaan besar ini.....
Ayah... Pergimu tanpa sebarang pesan.....
Ayah... Jika kami menyayangi ayah, ternyata Allah lebih menyayangi ayah dari kami....
Ayah... Bersemadilah dengan aman....
Ayah... Alfatihah buatmu, doaku semoga ayah ditempatkan bersama org2 yg beriman......
Begitulah kehidupan kita. Walau dalam keadaan apa sekali pun kita, samada ketika kita susah, senang, gembira @ duka....jika "masanya" dah tiba kita akan "Dijemput Ilahi". Pada masa tu, tak ada sesiapa yg boleh menghalangnya lagi.....
Bagi mereka yg bergelar bapa dan yg masih mempunyai bapa, Selamat Hari Bapa saya ucapkan....semoga menjadi seorang bapa yg terbaik serta sekaligus menjadi teladan untuk anak-anak. Dan yang paling penting, jadilah suami yang terbaik kepada isterinya tak kira walau dalam apa jua keadaan.....
Selamat Hari Bapa......

Tuesday, June 14, 2011
Order jangan tak order
Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari lagi nak puasa. Sekejap je rasanya, macam tak caya jer. Rasanya baru je sambut tahun baru.... Biasa le kalo dh dekat2 puasa ni, byk le "direct selling" kt opis2. Kat opis aku ni pun dah ada orang jual kue raya dh. Tapi thn ni tak berapa meriah sangat. Kalo thn2 lepas tu memang meriah. Nak apa semua ada, order jer...dari kain baju, kueh mueh, tudung, kerongsang, kerepek2 dan macam2 lg. Tak payah nk gi shoping kat jalan TAR, kat opis ni pon dah cukup, macam2 ada.... Rajin sungguh kengkawan aku nih.
Boleh katakan setiap orang tu ada je barang2 yg nak di promote. Kadang2 tu bukan stakat promote, malah pandai memujuk n merayu. Cara memujuk tu yg penting... dari tak nak beli, terus kena beli. Tapi kitorang ni, kadang2 kata jer tak nak beli, tapi tetap beli jugak.... Kalo tak beli, tak sampai ati la pulak. Sebenarnya bukannya dapat untung mana pun, tapi seronok. Orang kata kalo takde jual2 ni, mood raya tu macam takde... hambarrrr jerrrk...

Sayangilah diri... Ingatlah keluarga tersayang....
Pagi tadi aku keluar dari rumah macam biasa. Lepas hantar anak ke rumah pengasuh, mcm biasa aku melalui jalan biasa aku lalu hari2. Tiba di satu roundabout, terkejutnya aku tiba2 ada motor muncul depan aku. Bayangkan perasaan aku masa tu, tengah aku pusing bulatan tu tetiba muncul motor buat u turn di tmpat salah. Kononnya dia malas nk pusing bulatan tu, dia terus u turn. Terkojut badok la aku, pucat lesi aku masa tu. Ape taknye....sikit je lagi nak kena, kalo kena aku tk tau le camno. Dah le dia bawak anak dia letak dlm bakul motor kt depan tu.
Tapi org ni mmg tk takut mati la. Dah le u turn tmpt salah selamba dia jerk, bawak ank, lepas tu pecut laju, cilok sana cilok sini, takut aku nengoknyer. Risau jgk tkt anak dia tercampak.... Ishhh.... sedar2 le sikit. Tak ingat diri sendiri pn, ingt2 ler anak kt depan tu. Sayangi ler diri anda dan keluarga anda yer.....

Monday, June 13, 2011
Juvana....

Setiap Isnin saya mesti tengok citer ni. Bagi saya citer ni memang best. Sesuai ditonton oleh anak2 dan ibu bapa. Walaupun ia nampak ganas, tapi sedikit sebanyak beri pengajaran kepada kita khususnya anak2 yg tengah membesar. Saya galakkan anak2 saya tengok citer ni agar diorang sedar, macam tu la yg akan dihadapi bila buat sesuatu kesalahan juvana.....
Subscribe to:
Comments (Atom)