Sebut pasal makan hati berulamkan jantung, dah semestinya kita kaitkan seseorang tu sedang dalam kesedihan, sebak, pilu dan macam2 lagi kerana sakit hati dgn seseorang. Atau dalam erti kata lainnya ialah bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati... Perkara macam ni pernah jugak berlaku pada saya, tapi tk payahlah saya citer benda2 yg boleh menyedihkan hati. Lagi diceritakan lagi sedih rasaya. Ketepikan semua kesedihan tu, saya nak citer pasal
hati dan
jantung yg boleh dimakan. Hati ayam @ hati lembu kan boleh dimakan. Kalau kena dgn gaya masakan memang sodap. Gitu jugak dgn jantung pisang, kalau dibuat kerabu... perhghh!!!! memang sodap...Selain dari kerabu, boleh jgk direbus, lepas tu cicah sambal belacan @ budu. Tapi ada jgk orang yg tak reti makan jantung pisang n hati ni. Bagi mereka yg menggemari kedua2 masakan ni, apa lagi, cuba la masak hati ayam @ lembu tu, lepas tu tambah pulak dgn kerabu jantung pisang, pasti berselera.. Haaaa.... itu la dia kisah makan hati berulamkan jantung.


Inilah si jantung pisang dan disebelahnya yg dah siap jadi kerabu....

Ini pulak.... si hati ayammmm yg dah di masak....
No comments:
Post a Comment