Monday, June 27, 2011

Thursday, June 16, 2011

Engkau pergi tanpa pesan......

Petang tu, entah kenapa, hatiku memang berdebar-debar mcm ada sesuatu tak kena. Macam biasa lepas waktu kerja aku balik ke rumah. Lepas melayan TV dan makan malam, aku masuk tidur. Tiba2 aku terdengar orang mengetuk pintu rumah aku. Lain macam jer bunyi ketukan tu. Nak keluar tengok, terasa takut la pulak. Maklum la, masa tu aku masih bujang dan tinggal dengan kawan2 saja. Tiba2 aku terdengar bunyi suara kakak aku memangil-manggil nama aku. Terus aku bangun dari tidur lalu membuka pintu. Ku pandang wajah kakak aku, ternyata rupa dan air mukanya memang menunjukkan ada sesuatu telah berlaku, tapi dia cuba sembunyikan dari aku. Risau takut aku terkejut, dia cuba terangkan dengan berhati-hati. Namun dari cara dan reaksi dia tu, aku tahu dia berbohong. Dia mengatakan ayah kemalangan, tapi tak serius sangat. Kalau tak serius kenapa dia ajak aku balik kampung malam tu jugak. Sambil aku terus bertanya pada kakak aku apa sebenarnya berlaku, tiba2 dia terus memeluk aku sambil menangis terisak-isak.

Oh Tuhan!!!!.... jika benarlah apa yg aku fikirkan ini, Engkau tabahkanlah hati aku di saat aku menerima berita yg sedih ini. Ternyata jangkaanku memang tepat, kemalangan yg dikatakan "tak serius itu" sebenarnya bermaksud "disebalikya" Betapa luluhnya hatiku di saat aku cuba menerima kenyataan ini. Namun aku terpaksa menerima kenyataan yg ayahku sedang koma di ICU Hospital Besar Kota Bharu. Tuhan saja yg tahu bagaimana perasaanku masa tu. Sepanjang perjalanan dari KL ke Kota Bharu tak habis2 ku panjatkan doa buat ayahku, moga Allah beri kekuatan padanya dan Selamatkan lah ayah kami. Puas kucuba menahan air mata, namun aku tak berdaya, hatiku memang tak kuat.

Terimbau kembali kenangan-kenangan kami semasa bersama ayah.... Setibanya aku di Kota bharu, kami terus ke ICU HKB. Ternyata aku tak dapat menahan sebak, bila menatap wajah ayah yg terbujur kaku dan dipenuhi dengan mesin2 dan alat2 bantuan pernafasan, yang seolah-olah menunggu Dijemput Ilahi. Ya Allah.... sungguh tak ku menduga begitu besar dugaan yg Kau berikan padaku di saat2 aku memerlukan ayah. Masih banyak perkara yg belum sempat kami tunaikan untuk ayah......

Masih terngiang di telinga ku, ayah bertanyakan aku. Masa tu aku baru habis belajar dan baru memulakan tugasku sebagai seorang pekerja. "Bila nak balik kampung, ke tak nak balik dah sebab suka dok KL". Itu lah ayat2 terakhir ayah masa aku telefon ke kampung beberapa hari sebelum kejadian. Dalam benakku, terasa hairan sedangkan aku baru je balik kampung. Mungkin itu satu tanda yg dia akan pergi selama lamanya. Kenangan demi kenangan bermain di fikiran ku disulami dengan air mata yg membasahi pipiku seumpama hujan lebat yg takkan berhenti. Ku tabahkan hati dan kuatkan semangat, lantas ku capai surah yasin lalu mambaca di sisinya . Aku cuba untuk mengatakan sesuatu padanya ternyata sia sia. Walaupun ayah kaku tanpa seribu bahasa, jauh di sudut hatiku mengharapkan agar ayah dengar apa yg aku bisikkan ke telinganya. Masa tu, hanya Tuhan yg tahu betapa sebaknya aku melihat keadaan ayah yg terbujur kaku di katil hospital. Azan berbunyi menandakan masuknya waktu maghrib. Aku dan kakak yg lain beredar seketika untuk menunaikan solat. Yang tinggal hanya mak dan abang. Selepas habis solat, kami bergegas balik ke hospital. Alangkah pilu dan hibanya setibanya kami di perkarangan hospital, tiba2 kami mendapat panggilan telefon dari abang menyatakan ayat-ayat dan berita yg tak ingin kami dengar. Kami semua terduduk, terdiam dan terkaku selepas mendengar berita tersebut. Suasana ketika itu sungguh pilu, sedih, sebak dan macam-macam perasaan yg tak boleh digambarkan. Lebih kurang jam 8 malam, ayah telah pergi meninggalkan kami untuk selamanya..... Itulah berita yg kami terima dari panggilan telefon tadi.... Kami terima Suratan Takdir ini dengan hati yg tabah. Jika kami sayangkan ayah, tapi kami redha yang Allah lebih menyanyanginya. Semoga ayah ditempatkan bersama orang yg beriman....

Mengimbau kembali peristiwa 15 thn yg lalu, begitu menyayat hati kami. Pemergian ayah untuk membeli goreng pisang kepada cucu-cucunya, adalah pemergian ayah untuk selamanya. Takdir Tuhan telah menentukan ayah terlibat dalam kemalangan yg boleh diistilahkan sebagai "langgar lari"... Sungguh luluh hati ini bila mendegar cerita dari mak.... Semoga mak tabah menghadapi ujian dan dugaan besar ini.....

Ayah... Pergimu tanpa sebarang pesan.....
Ayah... Jika kami menyayangi ayah, ternyata Allah lebih menyayangi ayah dari kami....
Ayah... Bersemadilah dengan aman....
Ayah... Alfatihah buatmu, doaku semoga ayah ditempatkan bersama org2 yg beriman......

Begitulah kehidupan kita. Walau dalam keadaan apa sekali pun kita, samada ketika kita susah, senang, gembira @ duka....jika "masanya" dah tiba kita akan "Dijemput Ilahi". Pada masa tu, tak ada sesiapa yg boleh menghalangnya lagi.....

Bagi mereka yg bergelar bapa dan yg masih mempunyai bapa, Selamat Hari Bapa saya ucapkan....semoga menjadi seorang bapa yg terbaik serta sekaligus menjadi teladan untuk anak-anak. Dan yang paling penting, jadilah suami yang terbaik kepada isterinya tak kira walau dalam apa jua keadaan.....

Selamat Hari Bapa......

Tuesday, June 14, 2011

Order jangan tak order

Pejam celik pejam celik, tinggal beberapa hari lagi nak puasa. Sekejap je rasanya, macam tak caya jer. Rasanya baru je sambut tahun baru.... Biasa le kalo dh dekat2 puasa ni, byk le "direct selling" kt opis2. Kat opis aku ni pun dah ada orang jual kue raya dh. Tapi thn ni tak berapa meriah sangat. Kalo thn2 lepas tu memang meriah. Nak apa semua ada, order jer...dari kain baju, kueh mueh, tudung, kerongsang, kerepek2 dan macam2 lg. Tak payah nk gi shoping kat jalan TAR, kat opis ni pon dah cukup, macam2 ada.... Rajin sungguh kengkawan aku nih.


Boleh katakan setiap orang tu ada je barang2 yg nak di promote. Kadang2 tu bukan stakat promote, malah pandai memujuk n merayu. Cara memujuk tu yg penting... dari tak nak beli, terus kena beli. Tapi kitorang ni, kadang2 kata jer tak nak beli, tapi tetap beli jugak.... Kalo tak beli, tak sampai ati la pulak. Sebenarnya bukannya dapat untung mana pun, tapi seronok. Orang kata kalo takde jual2 ni, mood raya tu macam takde... hambarrrr jerrrk...

Sayangilah diri... Ingatlah keluarga tersayang....

Pagi tadi aku keluar dari rumah macam biasa. Lepas hantar anak ke rumah pengasuh, mcm biasa aku melalui jalan biasa aku lalu hari2. Tiba di satu roundabout, terkejutnya aku tiba2 ada motor muncul depan aku. Bayangkan perasaan aku masa tu, tengah aku pusing bulatan tu tetiba muncul motor buat u turn di tmpat salah. Kononnya dia malas nk pusing bulatan tu, dia terus u turn. Terkojut badok la aku, pucat lesi aku masa tu. Ape taknye....sikit je lagi nak kena, kalo kena aku tk tau le camno. Dah le dia bawak anak dia letak dlm bakul motor kt depan tu.


Tapi org ni mmg tk takut mati la. Dah le u turn tmpt salah selamba dia jerk, bawak ank, lepas tu pecut laju, cilok sana cilok sini, takut aku nengoknyer. Risau jgk tkt anak dia tercampak.... Ishhh.... sedar2 le sikit. Tak ingat diri sendiri pn, ingt2 ler anak kt depan tu. Sayangi ler diri anda dan keluarga anda yer.....

Monday, June 13, 2011

Juvana....




Setiap Isnin saya mesti tengok citer ni. Bagi saya citer ni memang best. Sesuai ditonton oleh anak2 dan ibu bapa. Walaupun ia nampak ganas, tapi sedikit sebanyak beri pengajaran kepada kita khususnya anak2 yg tengah membesar. Saya galakkan anak2 saya tengok citer ni agar diorang sedar, macam tu la yg akan dihadapi bila buat sesuatu kesalahan juvana.....

Sunday, June 12, 2011

Kisah Kasut....

Pagi ni dah mula sesi baru sekolah. Biasa la jam 5.30 pagi aku dh bangun. Apa taknya byk benda nak diuruskan bila anak dah mula sekolah. Lepas sediakan pakaian dan sarapan anak2, macam biasa abang dan adik masuk kereta papanya untuk ke sekolah. Lepas diorang jalan je aku uruskan yg lagi 2 beradik. Tiba2 telepon berbunyi.... Tup2 papanya kata si adik (Arif) tak bawa kasut, macamana nak gi sekolah. Punya lah hangin bapaknyer... Udah ler ada meeting jam 8 kat KL. Nak patah balik amik kasut, jauh plk tu.

Nasib baik ler rumah "nenek" yg jaga diorang masa kecik2 dulu dekat2 area situ. Nak tak nak, papanya terpaksa hantar si Arif ke rumah neneknya.... Arif...arif... hari pertama sekolah dah tak gi sekolah.....

Bola oh Bola…….



Semalam, macam biasa habih kerja jam 1.30 tghari, aku bergegas nak balik. Aku lupa yg hari ni aku tk bawak kereta. Jadi aku terpaksa menunggu suami dtg jemput. Kusangkakan dia dh ada kt bwh, rupa2nya belum sampai. Tunggu punya tunggu, tak jugak sampai. Tau2 bila cal, ank2 kata tersangkut kt tepi highway, katanya jalan jamm sebab malamnya ada perlawanan bolasepak piala FA kt stadium bukit jalil…. Apa lagi… sampai tua la aku nunggu diorang… Boring sungguh aku menunggu... lama sgt. Nasib baik le ada shopping The Store dekat dgn tmpt kerja aku. Apa lagi daripada tercongok kt depan opis, baik aku gi jalan2 kat The Store. Sampai abih beberapa pusingan aku tawaf kt The Store, diorang tk jugak sampai2… Penat bercampur lapar semua ada. Jam hampir kul 3 baru nmpk kelibat kereta suami n anak2. Masing2 dah kepenatan dek krana jamm… . Disebabkan kelaparan, Kitorang terus ke R&R awan besar untuk makan bersama ank2. Setibanya di sana, parking pulak penuh. Bila aku masuk je dlm restoran tu, terkejut aku tgk semua merah, dari pelayan restoran hingga ke pelanggan2nya pn merah, ada jugak yg berbaju putih. Hanya beberapa kerat saja yg berkaler lain…. Sungguh kuat penangan bola ni yer. Nasib baik aku tk pakai baju merah hari ni. Kalau tak dgn aku skali org kata demam bola….. Apa2 pun tahniah kepada Tganu Kite sebab menang.....

Thursday, June 9, 2011

Makan Hati Berulamkan Jantung

Sebut pasal makan hati berulamkan jantung, dah semestinya kita kaitkan seseorang tu sedang dalam kesedihan, sebak, pilu dan macam2 lagi kerana sakit hati dgn seseorang. Atau dalam erti kata lainnya ialah bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati... Perkara macam ni pernah jugak berlaku pada saya, tapi tk payahlah saya citer benda2 yg boleh menyedihkan hati. Lagi diceritakan lagi sedih rasaya. Ketepikan semua kesedihan tu, saya nak citer pasal hati dan jantung yg boleh dimakan. Hati ayam @ hati lembu kan boleh dimakan. Kalau kena dgn gaya masakan memang sodap. Gitu jugak dgn jantung pisang, kalau dibuat kerabu... perhghh!!!! memang sodap...Selain dari kerabu, boleh jgk direbus, lepas tu cicah sambal belacan @ budu. Tapi ada jgk orang yg tak reti makan jantung pisang n hati ni. Bagi mereka yg menggemari kedua2 masakan ni, apa lagi, cuba la masak hati ayam @ lembu tu, lepas tu tambah pulak dgn kerabu jantung pisang, pasti berselera.. Haaaa.... itu la dia kisah makan hati berulamkan jantung.




Inilah si jantung pisang dan disebelahnya yg dah siap jadi kerabu....









Ini pulak.... si hati ayammmm yg dah di masak....

Wednesday, June 8, 2011

sungguh bermakna...

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Sungguh mendalam maksud lirik ni... i suka sangat.....


Sepanjang Hidup.....


Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan s'lamanya
Aku milikmu

Yakini hatiku
Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkahi kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan s'luruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus
Yakini hatiku
Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi


Lirik Lagu Maher Zain......

Sunday, June 5, 2011

My Splashing Moment....


Musim cuti tiba lagi... biasa la anak2, asal cuti panjang je, mst ada je permintaaan diorang, nak gi situ, nak gi sini, nak main tu, nak main ni, malah macam2 lagi.... Tak salah diorang jugak, kita sebagai mak bapak kena jugak fikir, seharian mereka kt sekolah setiap hari, kita pulak seharian kt tempat kerja, balik rumah dah penghujung hari, kadang2 anak2 dah tidur. Masa utk bersama anak2 terhad. Kalau ada pn hanya cuti di hujung minggu, tp hujung minggu tu le byk kerja kita nk buat, kemas rumah, masak, dan pelbagai benda lagi....Kadang2 terfikir jugak, kesian ngn anak2....


Untuk memenuhi permintaan diorang... saya bawak diorang ke tempat main air sbb saya tau anak2 saya mmg suka main air. Destinasi kali ni saya ke Melaka Wonderland. Tempatnya pn tk jauh dari KL. Apa lagi... suka la mereka dp main air, sampai tk nak balik tuuu...

Sunday, May 22, 2011

Permata Hatiku....




inilah keluarga besarku.....








Dah besar rupanya anak-anak ku, rasa macam tak caya la pulak. Si abang dh darjah 5. Yg si adiknya dah darjah 3... Diorang berdua ni mmg tkleh berpisah, tp gaduh memang no 1.....






Yg ni pulak kakak dan si kecik. Diorang berdua ni pulak, selalu gaduh jugak, kesudahannya si kecik jgk kena mengalah sebab kakak kuat nangis....

Monday, May 16, 2011

Koleksi Pelbagai Resepi

Resepi Udang masak kari

Bahan-bahan:

500gm udang
5 ulas bawang merah - tumbuk/hiris halus
2 ulas bawang putih - tumbuk/hiris halus
2cm halia - diketuk atau dimayang halus
1 tangkai daun kari
4 sudu serbuk kari ikan
1/2 cawan santan pekat
1 biji buah tomato - potong 6
Garam dan gula secukup rasa
minyak masak untuk menumis

cara Penyediaan:
Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan daun dan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehiingga terbit minyak.
Masukkan sedikit air dan udang diikkuti santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan buah tomato. Biarkan seminit dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.


Bahan-bahan:
½ ekor ayam
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

CARA-CARANYA:
1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C sehingga ayam masak. Selepas lebih kurang 15 minit, balikkan ayam supaya garing rata. Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik
3. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
4. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi.


Bahan kuah:
1 biji kelapa ambil santannya
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula

Cara memasak kuah percik:
1. Bawang merah , bawang putih, serai & halia dikisar halus.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan yg telah dikisar, garam dan asam keping.
3. Kacau sentiasa sehingga pekat. Masukkan sedikit gula secukup rasa dan masak sekejap lagi.


Telur Dadar Mama...

Bahan2nya....

1. 2 biji telur
2. sedikit tepung jagung (jgn byk, nnt jd apam balik plk)
3. sedikit mayonis
4. Garam secukup rasa
5. Sedikit hirisan bawang besar
6. 2 tangkai cili padi dihiris(kalau nk byk tangkai pn boleh)

Cara2
1. Pecahkan telur dan kacau hingga kembang
2. Campurkan semua bahan2 tadi, dan pukul telur hingga kembang
3. Panaskan minyak kemudian gorengkannya, dah masak hidangkan....